KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat - 3

Oleh: mirputra

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Inilah janji dari Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia ke 54 negara kita.Samada ucapan ini dibuat secara ikhlas untuk ditunaikan ataupun sekadar gula-gula untuk PRU13,sama samalah kita melihatnya.
UMNO/BN umpama telur dihujung tanduk,apa yang dibuat serba tidak kena..Walaupun PRU13 ada yang meramalkan dalam tahun ini dan ada yang meramalkan mungkin tahun depan.Parti gabungan dalam BN sudah mula mengintai kawasan selamat untuk bertanding kerusi parlimen maupun DUN.Dan ramai juga wakil rakyat dari UMNO/BN tertanya2 samada dicalun semula atau sebaliknya.

Bagi Pakatan Rakyat PRU13 adalah pilihanraya yang sangat penting kesilapan memilih calun akan mengagalkan usaha untuk menuju Putrajaya.Dari statistik PRU12 yang lepas sekiranya diterjemahkan pada PRU13 yang akan datang dengan kesedaran pengundi2 muda dan pergolakan yang berlaku dalam UMNO/BN disetiap negeri tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa.

Agak mustahil untuk UMNO/BN merampas kembali negeri yang diperintah oleh PR dan tidak mustahil PR akan dapat merampas beberapa negeri lagi pada PRU13,kalau mengambil kira keputusan PRU12 yang mana UMNO/BN hanya menang dengan majoriti bawah 2,500 malah ada yang menang tipis.


PERAK mempunyai 59 kerusi DUN dibawah 24 parlimen..Walaupun kerajaan PR dirampas kembali oleh UMNO/BN disebabkan 3 ADUN yang melompat parti.Perak akan jatuh lagi sekali ketangan PR.
Pada PRU12 UMNO/BN mempunyai 28 ahli DUN manakala PR mempunyai 31 akibat daripada 3 ADUN yang melompat parti membolehkan UMNO/BN membentuk kerajaan dengan 3 ADUN yang melompat..UMNO/BN akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU13 daripada 28 kerusi yang telah dimenangi pada PRU12(tidak termasuk Adun yang melompat) UMNO/BN akan kehilangan sebanyak 19 kerusi lagi.Ini bermakna UMNO/BN hanya mempunyai 9 kerusi sahaja untuk DUN.Manakala PR akan dapat menguasai Perak dengan selesa sebanyak 50 kerusi.


PAHANG mempunyai 42 kerusi DUN…UMNO/BN memenangi sebanyak 38 kerusi DUN pada PRU12 manakala PR iaitu PAS 2 dan DAP 2 kerusi.. Sebanyak 23 kerusi UMNO/BN yang menang dibawah majoriti 2,500 malah ada yang menang tipis..Pahang mungkin masih kekal dibawah UMNO/BN.



Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

 
Load Counter