KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU & KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG PENGKALAN HULU PERAK



KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU (yang sudah berjalan dan masih belum siap)

1.Kelulusan membalak telah dikeluarkan untuk satu syarikat sebanyak 300 ekar sahaja di kawasan Bukit Sejuk, Kuak Hulu

2.Pada april dan mei 2011 lawatan dan tinjauan telah dibuat oleh penduduk Kampung Kuak Hulu ke kawasan Air Ibu dan Bukit Sejuk dimana telah dululuskan untuk pembalakan.

3.Penduduk telah memaklumkan kepada pejabat hutan dan sekali lagi tinjauan dibuat bersama sama dengan Pejabat hutan dan Ketua kampong Kuak hulu ke tapak pembalakan.

4.Apabila ukuran telah diambil jabatan Hutan mengesahkan kawasan tersebut masih termasuk didalam kawasan pembalakan sepertimana di dalam plan pindaan.

5.Penduduk kampong berasa curiga dan musykil dengan keputusan yangh dibuat oleh jabatan hutan kerana kawasan pembalakan sudah melebihi 300 ekar. Adakah plan kawasan balak boleh berubah dari plan yang asal? (pindaan plan).Siapakah yang memberi kelulusan tersebut?

6.Kami penduduk kampong meminta pihak bertanggungjawab menyiasat segera sempadan tanah kerajaan dan hutan simpan.


KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG (2007-2010) (baru bermula)

1.Pada 26 September 2007 kelulusan telah dibuat oleh kerajaan negeri perak bagi menjalankan pembalakan kepada dua syarikat balak sebanyak 375 ekar (110 hektar)

2.Penduduk telah membuat perjumpaan bersama dengan kontraktor dan jabatan hutan sebanyak 3 kali bagi mendengar bagaimana pemabalakan hutan simpan akan dibuat

3.Hasil dari keputusan perjumpaan, JKKK dan penduduk kampong sebulat suara membantah sekeras kerasnya pembalakan tanpa ada tolak ansur walaupun ditekan dan didesak oleh pihak tertentu. Sebab utama adalah kawsan pembalakan ini berdekatan dengan kampong dan merupakan kawasan tadahan air yang utama bagi penduduk.

4.Pihak kontaraktor masih mendesak dan memujuk penduduk agar diberi kebenaran untuk memulakan pembalakan.

5.Ketua Kampung Kuak Hulu dan JKKK telah berjumpa dengan tiga orang menteri besar Dato’ Seri Tajol Rosli, Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan yang terkini berjumpa dengan Dato’ Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010. Mereka berjanji akan menahan dan mengkaji pembalakan hutan simpan gunung lang. Kenyataan akhbar juga telah dikeluarkan oleh Dato’ Zamry.

6.Pada 2 September 2011 / 4 Syawal 1432H, seramai 80 penduduk Kampung Kuak Hulu telah membuat bantahan dan demonstrasi aman di tiga lokasi iaitu Hadapan Masjid Al Bakri Kuak hulu, Hadapan Pejabat hutan Pengkalan Hulu dan Bagan Balak Padang tamat.

7.Aduan kepada pihak polis telah dibuat selepas selesai bantahan.

 
Load Counter