KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Rahmatnya Negeri Di Bawah Naungan Pakatan Rakyat

Kebajikan demi kebajikan silih berganti dihidangkan oleh Pemimpin yang menerajui negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Terdahulu Kelantan telah dijadikan 'Role Model' oleh rakyat untuk menilai keberkesanan etika pengurusan dan pentadbiran negeri. Kelantan telah melepasi ujian itu dan dinilaikan dengan A++...

Kemudian diikuti oleh negeri PR yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tiada rungutan atau masalah besar yang ditimpakan kepada rakyatnya kecuali sesekali kedengaran suara sumbang dari puak jalanan gerombolan yang cuba mencipta 'political mileage'.

Harapan kita semoga rakyat seluruh negara mencelik mata dan menilai dari dalam kalbu masing-masing adakah masih relevan lagi semua pemimpin korup umno-apco menerajui negara yang tercinta ini?


KGU 2011.


KAFA SELANGOR PERTAMA KALI TERIMA BONUS
Minggu lepas..

buat pertama kali dalam sejarah perguruan
KAFA Selangor ni..


Guru-Guru KAFA mendapat Bonus sebanyak RM600...


Haaaiii... beruntunglah Guru-Guru KAFA di Selangor ni...
waktu zaman BN UMNO dulu usahkan bonus..,


gaji pun hanya sekadar RM738.00 sahaja sebulan...


Kawan aku yang bekerja sebagai Guru KAFA,berasa seronok semalam sewaktu berjumpa dengan aku...


dia kata buat pertama kali dalam sejarah,Guru-Guru KAFA diberikan pengiktirafan sedemikian rupa...
dia ni dulu adalah penyokong kuat UMNO dan semasa PRU12 lalu dia ni mengundi UMNO....


dia kata dia dapat lihat perbezaan sekarang...
dia kata waktu UMNO mentadbir selangor dulu gaji dia hanya sebanyak RM738.00 je sebulan... mana nak cukup katanya...


namun sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,dalam tempoh 3 tahun ni gaji dia naik sebanyak 2 kali..
dan setiap kali kenaikan tu pula jumlahnya adalah sebanyak RM300,jadi dengan dua kali kenaikan dalam tempoh 3 tahun ini gaji dia sudah menjadi RM1338.00 sebulan...


lihatlah betapa besarnya perbezaan yang rakyat dapat jika kita memilih kerajaan yang benar-benar memahami kesusahan rakyat jelata...


beza RM600 beb.... bukan kecik tu... tiap-tiap bulan pulak tu...


member aku tu tak habis-habis seronoknyer...


aku sempat pesan kat dia... aku kata..


"waktu PRU13 ni nanti jangan lupa...,jangan undi UMNO,
tetapi undilah Pakatan Rakyat.."

Sumber: http://wohulu.blogspot.com/

 
Load Counter