KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Pembongkaran Penyelewengan Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia Gerik Perak

Oleh: Generasi Kedua Felda Bersia

Saya anak Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda Bersia amat kesal dengan sikap Pengurusan Pusat Pengumpulan Getah (PMG) Felda Bersia yang melibatkan kerugian beribu ringgit.

Pekerja-pekerja berkenaan telah membuat penyelewengan dan penipuan yang di rancang secara rapi sehingga mereka langsung tidak mempedulikan nasib peneroka-peneroka Felda Bersia yang akan menanggungnya.

Perkara ini sudah tiga kali berlaku dan pihak peneroka juga telah membuat laporan Polis tetapi dengan hanya budi bicara sahaja oleh pihak yang berada didalam Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia ianya didiamkan begitu sahaja hanya kerana hendak menjaga kepentingan orang-orang tertentu dan tiada tindakan yang di ambil keatas mereka sehingga sekarang. Sebaliknya pihak peneroka terus menderita dan sengsara menanggung hutang yang makin bertambah disebabkan penyelewengan ini.

Saya sebagai anak Peneroka Felda Bersia, yang merupakan Generasi Kedua Felda Bersia terpaksa mengambil inisiatif menulis disini setelah mendapati pekerja-pekerja Pusat Mengumpul Getah Felda Bersia yang telah diberikan amanah telah melakukan penyelewengan dan penipuan serta khianat yang saya anggarkan berjumlah ribuan ringgit terhadap Peneroka Felda Bersia, melalui sistem pembayaran kupon yang di laksanakan di Pusat Pengumpul Getah.

Pekerja-pekerja Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia tidak dikawal oleh Pegawai Felda dan ini menyebabkan pekerja-pekerja ini mudah membuat penyelewengan sesuka hati mak bapak mereka.

Dan baru-baru ini setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Tiga beberapa anak peneroka telah membuat intipan, setelah membuat semakan mereka berjaya mengesan sememangnya ada peyelewengan di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga dimana nilai susut penghantaran getah agak tinggi sedangkan hasil penghantaran getah tidak ada dan sekiranya ada pun penghantaran getah hanya sedikit namun nilai wang yang dikeluarkan tertulis diatas kupon agak besar.

Akhirnya kerja mereka selama ini mengambil hasil yang tidak sepatutnya mereka ambil yang bukan hak mereka berjaya dibongkarkan dan berjaya ditangkap oleh anak peneroka dengan beberapa saksi.

Orang-orang yang bersekongkol dalam hal ini sanggup menunggu seawal-awal pagi lagi di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga yang belum dibuka untuk memgambil kupon sedangkan hasil getah tiada.

Saya juga diberitahu nama-nama mereka juga berada didalam senarai teratas jualan harian getah di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga dan peneroka-peneroka yang menjual hasil getah dengan cara betul nama mereka terletak di senarai yang berikutnya.

Mereka-mereka ini hidup selesa dan kantung poket mereka tidak pernah kosong sehingga ada yang boleh berbelanja dengan mewah setiap hari dari hasil penyelewengan dengan cara kotor ini.

Jadi persoalan nya siapakah yang akan membayar kembali wang-wang yang telah diselewengkan samada mereka sendiri ataupun diletakkan diatas kepala semua peneroka Felda Bersia.

Sekali lagi saya tegaskan disini bahawa perkara ini adalah satu isu besar dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dimana ianya melibatkan kerugian ribuan ringgit kepada Peneroka Felda Bersia sejak beberapa tahun tetapi satu 'keuntungan besar 'kepada pengkianat-pengkianat ini kepada peneroka-peneroka Felda Bersia .

Diharap masalah ini mendapat perhatian dari Dato' Dzulkifli Abd Wahab selaku Pihak Pengarah Besar Felda dan Pengurusan Felda Bersia dapat membuat satu tindakan yang bijak kepada mereka-mereka ini demi menjaga kebaikan masa depan khasnya Felda dan juga kepada semua Peneroka-Peneroka Felda Bersia.

Sekian Terimakasih

Salam Dari

Generasi Kedua Felda Bersia

Email kepada
Pengurus Besar Felda


 
Load Counter