KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

TENTUKAN LALUAN KAMI... HABIS CITE... KAN SENANG

Bersih telah meminta pihak polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun — perkembangan terbaru selepas pasukan keselamatan menahan lebih 100 orang setakat ini.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan PDRM akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.

“Kami telah memberitahu mereka, pihak polis, sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya, atau ke mana-mana,” kata beliau di pekarangan ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.
“Anda pilih laluan, kami akan ikut. Dan, kami akan jalankan dengan aman,” katanya lagi.

Kata Ambiga, berdasarkan peruntukan undang-undang polis dikehendaki memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan dan pada masa yang sama boleh menahan mereka yang enggan berhimpunan secara aman.

Ambiga berkata Ismail tidak memberikan sebarang respons ke atas permintaannya itu ketika pertemuan yang “sangat mesra” tetapi menekankan, beliau masih yakin Bersih akan mendapat jawapan positif daripada beliau minggu depan.

“Ini akan diadakan dengan bantuan polis. Ini yang dikatakan sebagai positif... dan, saya mahu kekal positif sebab itulah yang terbaik bagi semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun bekas pengerusi Majlis Peguam ini enggan mengatakan tindakan susulan jika polis tetap enggan membenarkan perarakan diadakan.

Katanya beliau akan memberikan komen apabila tiba masa yang sepatutnya.

 
Load Counter