KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Kerja tak sempurna - Pelajar terpaksa minum air kotor

Tangki air sudah tersedia tetapi tidak dapat diguna menunjuk kerajaan BN membazir wang Rakyat.

Inilah perigi lama air yang kotor dan tercemar diguna kanak-kanak sekolah untuk diminum, memasak, mandi dan mencuci kain setiap hari.


Penyelia D.U.N. Pkln Hulu Lee Sing Long mengumpul maklumat dari Pengetua Sekolah Ustaz Mohd Fakri dan masalah Sekolah Agama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qirat Addin-5 mendapat perhatian Encik Lee.

Lee Sing Long bersama kanak-kanak asrama sekolah terpaksa minum air perigi kotor yang mengancam kesihatan mereka.

Di sebelah belakang Encik Lee Sing Long adalah perigi yang baru siap tetapi tidak sesuai untuk di minum, satu lagi projek kerajaan BN yang menjadi sia-sia.

Sekolah Agama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin-5 yang terletak di Jalan Felda Nenering, Pengkalan Hulu sedang mengalami pelbagai masalah perlu diberi pehatian oleh orang ramai dan pihak yang berwajib.

Baru-baru ini bekas calon D.U.N. Pengkalan Hulu saudara Lee Sing Long (PKR) telah membuat penemuan dan perbincangan dengan pengetua sekolah terbabit Ustaz Mohd Fakhri Bin Abdul Zawawi setelah mendapat aduan dari orang ramai. Beberapa masalah yang ketara telah dibincangkan dan dimakumkan oleh pengetua sekolah terbabit kepada saudara Lee.

Masalah yang kritikal dan serius yang mana ianya perlu diberi perhatin dan bantuan dengan segera. Antara yang amat mendukacitakan dan menyedihkan, para pelajar dan guru-guru yang menghuni asrama tersebut terpaksa menggunakan bekalan air kotor dan tercemar untuk kegunaan harian mereka.


Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan Negara kita telah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan. Nikmat kemerdekaan seolah-olah tiada pengertian apa-apa kepada rakyat Malaysia di kawasan pendalaman.

Amat malang lagi perkara seperti ini dialami sendiri oleh pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak yang sedang menimba ilmu dalam bidang agama. Sejumlah 30 orang pelajar dan 4 orang guru di sekolah tersebut terpaksa menggunakan air perigi yang kotor dan tercemar untuk minum,mandi dan mencuci pakaian. Semua aktiviti ini boleh menjejaskan kesihatan mereka yang terpaksa melaluinya kerana tiada alternatif lain.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru tersebut ialah ancaman binatang liar seperti babi hutan dan musang yang sering masuk ke kawasan penginapan asrama yang tidak mempunyai pagar. Pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membina pagar disebabkan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk kos membina dan memasang pagar.

Pengetua sekolah agama Ustaz Mohd Fakri juga memberitahu bahawa bayaran yuran yang diterima oleh ibu bapa pelajar sebanyak RM 160.00 sebulan dan bayaran perkapita sebanyak RM 50.00 setahun masih lagi belum mencukupi bagi menampung pelbagai perbelanjaan pelajar dan kegunaaan harian.

Seperti biasa perasarana untuk kebajikan sekolah ini samalah seperti sekolah-sekolah agama persendirian lain yang tidak mendapat sebarang perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan barisan nasional dan hanya pandang sebelah mata sahaja. Jika ada pun, bantuan dari pihak kerajaan yang hanya melepaskan batuk ditangga tidak dilakukan dengan ikhlas sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Saudara Lee diberitahu oleh pengetua sekolah bahawa pada bulan March 2009,pihak Jabatan Galian ada membina sebuah perigi untuk kegunaan sumber air bagi pelajar-pelajar asrama tersebut. Projek mengorek dan membina perigi tersebut telah disiapkan oleh kontaktor yang dilantik pada bulan oktober 2009.
 
Jumlah projek tersebut bernilai RM 90,000 tetapi hasilnya amat mengecewakan. Setelah kontraktor mendapat bayaran,perigi tersebut didapati tidak sesuai digunakan kerana air perigi tersebut juga kotor dan tercemar. Projek perigi tersebut menjadi sia-sia dan merupakan pembaziran wang rakyat kerana perigi tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar-pelajar.
 
Akhirnya pelajar-pelajar terpaksa menggunakan sumber dari perigi asal yang kotor dan tercemar. Dengan usaha ikhlas daripada saudara Lee yang bertemu dan berbincang dengan pengetua sekolah tersebut,maka diharap dapatlah kita sebagai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan walaupun sekecil zarah demi kebajikan para pelajar sekolah tersebut.
 
Derma dari pelbagai kalangan masyarakat adalah amat dialu-alukan bagi menampung pelbagai masalah yang dihadapi oleh sekolah tersebut. Sebarang derma dan bantuan ikhlas dari orang ramai bolehlah disalurkan terus kepada pihak pengurusan dengan meghubungi pengetua sekolah Ustaz Mohd Fakhri Bin Abdul Zawawi di talian 04-4720616 atau hp: 019-4259982. Segala bantuan dan sumbangan anda amat dihargai.

 
Load Counter