KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

25 ORANG MUDA UMNO SERTAI PKR

Oleh : Media PKR

SATU ceramah kelompok telah diadakan di Sapong bertempat di rumah penginapan seorang pekerja, Omar Ahmad yang mendapat sambutan amat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Rata-rata mereka yang hadir ingin mendengar sendiri amanat dari Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dan dalam masa yang sama turut menerima kemasukan 25 orang muda ahli UMNO yang sanggup berkerja sukarela demi menumbangkan UMNO Tenom.

Dalam ucapannya, Halik banyak menyentuh tentang permasalahan serta isu-isu semasa seperti kos kenaikan harga minyak dan kenaikan tariff letrik sebenarnya merupakan suatu beban yang tertunggak di bahu rakyat tanpa dapat dikawal oleh Kerajaan boneka BN.



"Kerajaan lupa bahawa biarpun ada rakyat pedalaman tidak berkereta, apabila di kaitkan isu kenaikan harga minyak, namun perlu diingatkan, ianya bersangkutan juga apabila kos barangan keperluan dapur dan makanan harian dinaikkan, akibat kenaikan harga petrol. Ini kerana segala bekalan dihantar oleh pengangkutan darat yang menggunakan minyak sebagai bahan api," kata Halik dengan jelas dan terang mengasak ke minda pendengar.


Halik menekankan, kenaikan harga minyak juga menyebabkan tambang bas turut naik. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, sudah pastinya menjana pendapatan bulanan yang sedikit, maka ianya juga menjadi beban kepada pengguna dan pengangkutan awam.


Banyak yang terbeban di bahu rakyat ekoran kenaikan yang didakwa oleh Kerajaan boneka UMNO-BN itu mengatakan ‘tidak membebankan’ rakyat. Bagi penduduk kota, turut merasa tampias tetapi bagi penduduk pedalaman merupakan suatu lagi ‘siksaan jiwa di alaf baru’ yang ‘dihadiahkan’ oleh Kerajaan boneka UMNO/BN.

Sehubungan itu, maka beliau menyeru rakyat Malaysia supaya melakukan perubahan dalam PRU yang akan datang kerana kepimpinan Pakatan Rakyat telah menjanjikan pakej kebajikan yang lebih bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.

Penduduk yang hadir rata-ratanya berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan dari Ketua Cabang dan mereka mengucapkan rasa penghargaan kerana ada seorang pemimpin yang sanggup turun padang dan menjenguk mereka.

Omar Ahmad turut memberi ucapan menyerang para pemimpin UMNO Tenom yang dianggapnya sebagai 'gila projek' dan lalai menjaga kebajikan rakyat. Para pemimpin UMNO yang rakus dengan projek mengayakan diri sendiri tanpa datang ke pondok rakyat seperti yang dilakukan oleh para pemimpin PKR Tenom yang rata-rata dianggap sebagai 'pemimpin contoh'.

Turut berucap seorang muda yang berpendidikan tinggi dari Kuala Tomani, Masdin Tumas, 28, yang menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan para pemimpin UMNO yang mengamalkan sistem ‘perkauman’ terhadap suku Murut di Malaysia.

"Kami Orang Asal Sabah pula yang tidak bertanah, hidup kami dilayan sebagai pendatang haram di tanah tumpah darah kami sendiri di Tenom/Tomani. Tidak ada tanah di tanah datuk, nenek moyang kami. Ada yang sudah 20 tahun memohon tanah tapi hingga hari ini jawapan dari Pejabat Tanah sedang dalam proses," kata Masdin Tumas seorang ahli politik muda dalam kepimpinan PKR Cabang Tenom.

Sumber: http://sabahkini.net/

 
Load Counter