KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

(Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah

Kes buli masih belum habis.Ada sahaja kejadian buli di sekolah.Dan kali ini, berlaku kejadian kes buli di SMK Raja Abdullah.Untuk melihat video tersebut, sila klik link di bawah.



Bayangkan kalau perkara begini terjadi kepada anak-anak kita? Sangat kurang ajar apabila pembuli melempang, menggunting rambut, mencekik leher mangsa dengan tali leher, memukul dan lain-lain lagi.Kejadian ini berlaku pada waktu rehat, jadi guru tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.

Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?Hanyalah kes cemburu terhadap mangsa.Apa yang dicemburukan, tidaklah kami ketahui, tetapi perkara ini sudahpun mendapat perhatian Kementerian.Namun ibu dan bapa kepada pembuli ini tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan kepada anaknya kerana mereka percaya anak mereka sangat baik di rumah.

Inilah masalah ibu-bapa yang terlalu mempercayai apa sahaja yang anak dia cakap.Walaupun dah melihat sendiri video  tersebut, masih boleh ibu bapa tertuduh mengatakan anak mereka tidak bersalah dan mendakwa pula sekolah kerana membuat fitnah.Dalam perkara ini, kami berpendapat ibu bapa sendiri yang mendorong anak mereka menjadi begini.

Mana pergi nilai-nilai kemanusiaan seorang pelajar.Sekolah dulu tak macam sekarang.Salah sikit, sebat anak murid dah kena saman.Walhal memang patut pelajar yang bermasalah kena hukum.Bila pelajar dah naik lemak, macamni lah yang terjadi.Apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang.

Apa pendapat anda mengenai video kes buli  di atas?

 
Load Counter