KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

DSAI: Bersiap sedialah


modayu

Assalamualaikum ....
 
Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan. Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa, tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini.

Entahkan benar entahkan tidak, yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia.

Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah.

Semasa beliau diperingkat pelajar sehingga mengetuai ABIM, sinar politik beliau begitu menyerlah. Beliau ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiap yang mendengarnya. Ketika kemuncak mogok lapar diBaling Kedah pada tahun 70an, dimana DSAI mengepalai kempen tersebut agar kerajaan membela nasib rakyat disana yang kebuluran dan kekurangan makanan. Disebabkan kes tersebutlah, maka DSAI dipenjarakan agar beliau tidak lagi menghasut rakyat melawan kerajaan ketika itu. Disini logik yang pertama yang kita harus ambik perhatian adalah, DSAI telah dipenjarakan. Bermaksud kerajaan mahu matikan watak DSAI dari pentas politik negara bukan? Adakah perancangan mereka berjaya?Fikirkan. .

Setelah dibebaskan daripada penjara, sinar DSAI tetap bergermerlapan malah lebih memancar. Masakan tidak memancar sehingga Dr M sendiri memujuk DSAI kedalam UMNO. Bagi Dr M, dengan memasukkan DSAI kedalam UMNO, ianya akan memanjangkan lagi jangka hayat UMNO dipersada politik negara. Dan ianya terbukti sehingga kini UMNO masih lagi bertahan dalam kerajaan hari ini. Sekira DSAI tidak menerima pelawaan Dr M ketika itu, rasanya kita pada hari ini mungkin diperintah oleh parti yang lebih hebat dari parti yang memerintah sekarang. Walaupun DSAI mengkhianati perjuangan rakan-rakannya diABIM dan PAS ketika itu, sahabat-sahabatnya tetap mendoakan agar DSAI selamat pergi dan selmat kembali.

Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/

 
Load Counter