KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

BN tunai janji naikkan tarif elektrik

KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada rakyat.

BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.

Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.

Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.

Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, 44.4 juta atau 75 peratus isi rumah tidak menerima kesan tarif baru tersebut.

Namun beliau tidak menyatakan kesan tarif itu kepada sektor lain seperti pembuatan yang akan menyebabkan berlaku peningkatan kos dan kenaikan mendadak harga barang.

Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), menyebabkan syarikat IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan.

Malah Petronas juga kerugian hampir RM21 bilion setahun kerana terpaksa menjual tenaga yang lebih murah kepada IPP.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/

 
Load Counter