KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Rakyat Sarawak jangan terasyik dengan 'river cruise'

Muhyiddin nasihatkan rakyat Sarawak supaya lupakan pembangkang.

Itulah tahap ungkapan dari pemimpin nombor 2 parti 'songkok hitam tinggi 2 jengkal'.

Rakyat Sarawak tak akan lupakan 'pembangkang' kerana 'pembangkang' juga adalah rakyat Sarawak......orang tempatan.

Tapi yang pastinya rakyat Sarawak tetap akan menolak Umno. Umno tidak akan dapat bertapak dibumi 'Kenyalang' ini.

Rakyat Sarawak amat faham, kewujudan Umno lebih bahaya dari hadhirnya 'bujang senang'. Pemimpin Umno datang menyebukkan diri di Sarawak sambil menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata dalam hati, "Sayangnya balak di sini masih tegap.....kalaulah Umno dapat bertapak di sini.....'

Rakyat Sarawak tidak mampu untuk menunggu lima tahun lagi.....inilah masanya mereka perlu menyingkirkan 'Tok Uban' dan barisannya secara demokratik.

Jika rakyat Sarawak teragak-agak.....benci-benci sayang.....maka mereka terpaksa menunggu berpuluh-puluh tahun lagi kerana 'Tok uban' dan barisannya akan memper'kukuh'kan kedudukan masing-masing dan rakyat Sarawak hanya akan dapat meratapi nasib mereka sambil menikmati 'sunset' di sepanjang 'river cruise' di Sungai Sarawak dan hanya menatapi keindahan 'Istana' di tebingnya.

Sumber: http://al-brangionline.blogspot.com/

 
Load Counter