KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Pilihan Raya Sarawak Dari Penang, Selangor,Rakyat Sarawak Pulang Untuk Nyahkan BN!

Oleh ramziredang

"Sungguh mengejutkan, pada majlis makan Malam Limbang anjuran DAP bila ada seorang perempuan menyumbang sebanyak sepuluh ribu ringgit. Setengah yang lain pula rata rata menderma sebanyak lima ratus ringgit seorang. Ternyata gempa bumi dan tsunami telah melanda Sarawak. Masing Masing hanya ada satu 1matlamat dan 1azam, nyahkan 1BN dari 1Kenyalang.

Di saat Najib cuba mententeramkan diri dengan menghibur hati berada di litar Sepang, Taib Mahmud mula tidak lena tidur. Dirinya yang selama ini merasa masih muda mula merasa tua dan telah tersilap langkah. Kini ternyata dia telah menyedari bahawa dirinya benar benar telah tua. Memang benar telah tua. Kesedaran ini timbul bila tsunami kini telah benar benar berada hampir di luar rumahnya yang tersergam indah.

Tekanan yang ditanggung dalam dirinya tidak mampu diselindungkan lagi sehinggakan banyak pertanyaan wartawan dijawab dengan penuh emosi.

Berita perhimpunan Pakatan Rakyat dihadiri seramai dua puluh ribu orang tidak mampu disembunyikan lagi.

Kini sejarah bakal terukir. Miri akan memimpin satu era baru yang belum pernah disaksikan selama lebih 48 tahun. Hati mana yang tidak berdebar melihat detik detik ini. Jiwa mana yang tidak berdegar melihat mereka datang dari jauh untuk menyambut pakatan rakyat. Semangat mana yang tidak membakar bila melihat gelombang yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak.

Mereka datang dengan penuh kesedaran. Keluar menunjukkan kuasa rakyat. Bagi mereka kini adalah masa kami. Kami telah lama memberi peluang kepada kamu. Tetapi ternyata kamu mempersiakan harapan kami.

Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin BN sekarang, sungguhpun mungkin ada yang benar benar ikhlas, sudah terlambat. Saat ini yang ikhlaspun sudah dianggap menipu.Kebencian sudah tidak terbendung lagi

Rakyat Sarawak yang bekerja di Pulau Pinang dan Selangor pulang ke kampung halaman di Sarawak dengan membawa kibaran satu panji. Seolah olah panji di satu medan perjuangan. Dengan titik jerih ini, apapun, BN pasti akan dinyahkan dari bumi kenyalang.

Kembalikan kedamaian ke bumi kenyalang. Kembalikan hasil bumi ini kepada kami. Hidupkan kami di dalam kedamaian kerana kedamaian ini adalah hak milik kami. Sebagaimana cantiknya si burung kenyalang terbang singgah di pinggir gunung.

Kini baru kamu ingin berjanji untuk membawa kemakmuran kepada kami? Sedangkan sudah puluhan tahun kami berhijrah ke negeri lain untuk mencari sesuap nasi,menanggung ibu bapa kami. Kamu yang nyahkan kami dari bumi kami sendiri. Kini kami ingin kembali menuntut hak kami. Kamulah yang sepatutnya nyah dari bumi kami.

Di perantauan, Selangor dan Penang kami telah melihat dengan mata kepala kami bahawa pemimpin yang kami cari telah kami temui. Merekalah yang lebih mengerti keperitan hidup kami. Lalu memberi, menghulurkan hak hak kami dengan seikhlas hati mereka. Dengan penuh rendah diri mereka mengangkat kembali martabat kami sebagai rakyat yang mempunyai hak di negeri sendiri. Nyatalah yang menipu kami adalah kamu bukannya mereka.

Kini biarlah kamu kami halau dari bumi kami. Nyahlah kamu dari bumi kenyalang

Sumber: http://www.detikdaily.net/

 
Load Counter