KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

KEDUDUKAN TERKINI PR DAN BN

'Survey' yang dijalankan oleh beberapa pihak termasuk pemerhati bebas menunjukkan bahawa PR semakin hebat mengasak BN terutama di kawasan bandar dan separa bandar. BN benar-benar berada dalam keadaan yang amat gelabah kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mempertahankan majoriti 2/3.

Namun di pihak PR, mereka meletakkan target yang lebih tinggi selepas melihat sambutan yang amat baik dari rakyat dalam kempen-kempen mereka khasnya selepas 4 hari penamaan calon. Sebelum ini PR meletakkan sasaran untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi BN, tetapi ada sumber yang menyatakan PR sekarang mengubah target mereka untuk merampas kerajaan negeri dari BN dengan 'simple majority'.

Dari 'survey' dan feedback penganalisis politik bebas, kedudukan terkini ialah PR sedang menguasai 23 kerusi setakat ini di mana mereka hanya memerlukan satu kerusi lagi untuk menafikan majoriti 2/3 BN.

Dari 23 kerusi yang dikuasai PR, DAP menguasai 12 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. Untuk menguasai kerajaan negeri secara 'simple majority' PR mesti menambah 13 kerusi lagi. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku kerana angin perubahan sedang rancak berlaku dan ianya sedang bergerak dari kawasan bandar kepada separa bandar dan pedalaman.

Semua kerusi di bandar-bandar utama bakal jatuh ke tangan DAP dan PKR kecuali satu atau dua kerusi yang ditandingi oleh 'Giant' dari BN seperti George Chan yang masih dikuasai oleh BN. Namun ianya boleh dikatakan 50:50.

Kini PR hanya perlu mengekalkan momentum sokongan rakyat di bandar-bandar utama dan meningkat kira-kira 5 % undi di kerusi-kerusi separa bandar dan pedalaman untuk menumbangkan Taib Mahmud.

Namun begitu pemerhati politik berpendapat BN tidak akan membiarkan PR meneruskan kemaraannya dan parti itu sedang mengatur strategi yang dikatakan akan melumpuhkan terus PR di saat-saat akhir. Strategi mereka dikatakan mempunyai beberapa kaedah antaranya strategi 'halal' dan 'haram'. Halal maksudnya yang tidak menyalahi undang-undang dan haram ialah yang melibatkan penipuan, ugutan, penyelewengan, tipu muslihat dan sebagainya.

PR sebenarnya mempunyai tugas yang amat berat untuk menggagalkan strategi dan taktik BN terutama yang HARAM yang jika tidak dilakukan secara teliti, komited dan bersungguh-sungguh ianya sudah pasti akan menyebabkan pemimpin PR dan penyokongnya berputih mata. BN tidak akan menyerahkan negeri Sarawak dan satu kerusi Dun dengan senang dan mudah. Najib pernah berkata BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan BN terus berkuasa dan Putra Jaya tidak terlepas ke tangan PR.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/

 
Load Counter