KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Haa tunggu apa lagi suruh zambri bubar dun perak !!! Itu yang rakyat perak tunggu tuu....


BN: Kita boleh menang jika DUN Perak dibubar hari ini

Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.

ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.

Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.

Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut.

Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008.

Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata “jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus", katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya.

Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu.

Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: “Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat."

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

 
Load Counter