KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Nasib Generasi Kedua Felda Bersia yang terabai....Kesiannya !!!

Hari ini krew keadilangerik sempat meninjau keadaan rumah generasi kedua felda bersia ( Penyokong UMNO ) iaitu saudara azhar darus yang tidak terbela. Krew kami senpat menemuramah yang diminta oleh beliau sendiri dan ingin meluahkan masalah beliau...tiada paksaan disini.

Beginilah keadaan rumah yang begitu usang dan terletak dipinggir sekali dalam kawasan peringkat ketiga felda bersia dan kawasan halamannya rumah juga agak sempit.....dengan keadaan didalam rumah yang tidak teratur dan bilik yang usang dan bantal yang kalau direndamm dalam air ikan pun mati...keluarga ini tinggal dalam keadaan tidak sempurna sejak bebeberapa tahun lalu. Sepatutnya rumah ini dipindahkan ke lot yang lain yang masih banyak kosong dikawasan felda bersia ini. Kedekut sangatkah pihak pengurusan felda bersia nak memberi tanah atau lot lain kepada keluarga ini......adooyaiii amat menyedihkan !!!

Perkara ini sudah beberapa kali di beritahu dan dibangkitkan kepada pihak PENGURUS Felda Bersia..jawapannya "nanti ler saya pergi tengok"......sampai sekarang pun tak datang !!!
Menurut saudara azhar lagi masalah ini juga telah beberapa kali diberitahu kepada Ketua UMNO cawangan Felda Bersia iaitu Cikgu Azlin...usah kata nak datang...katanya batang hidung pun nampak !!! Sepatutnya pemimpin-pemimpin atasan perlu mengambil tahu masalah-masalah rakyat yang dibawah ini bukannya masa pilihanraya baru nak tengok... masa pilihanraya janji sana janji sini...nak menang niii.....dah menang semua hilang!!! mana ADUN Temenggor..mana Ahli Parlimen Gerik.

Bantuan untuk membesarkan rumah felda sebanyak RM10,000 juga tak dapat sepatutnya kalau mengikut keadaan rumah saya ini ianya layak tetapi rumah rumah yang lebih elok pula yang dapat....dimanakah silapnya? Mananya slogan 1 Malaysia "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan " alahaiii...

Pihak JKKR Felda Bersia pun sudah diberitahu....tapi langsung tak ambil peduli....JKKR ni ditubuhkan nak membela FELDA atau peneroka ataupun generasi kedua....kalau nak membela felda baik bubarkan ajer !!! Mana...keistimewaan generasi kedua yang dijanji-janjikan?

Azhar yang mempunyai anak seramai 8 orang semuanya masih bersekolah...berharap pihak atasan kalau tak mahu datang pun...ambil tahu masalah ini...bukannya duduk terperuk dikerusi empuk saja...datang dan tengok...haaa itu baru betul wakil rakyat !!!

Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu selalunya hujan dikawasan felda bersia sedikit sumbangan diberikan berupa barang-barang keperluan dapur untuk keluarga ini....inilah yang termampu diberikan oleh krew keadilangerik.

Krew keadilangerik akan mendedahkan lagi keadaan hidup generasi kedua felda bersia sedikit masa lagi...yang masih tinggal dibawah rumah pun ada....!!!!!


Keadaan rumah felda saudara azhar bahagian hadapan

Ini disebelah tepi


Terbengkalai....sebab takder yang nak ambil tahu....


Beginilah keadaan bilik mandi ....tutup dengan kain saja....sedihnya adooyai....letih nengok yeop !!!


Bilik mandi yang dipenuhi lumut-lumut....!!!!


Saudara azhar termenung mengenangkan nasibnya serta generasi kedua felda....aper ker hel nyer yeop !!!


ADUN Temenggor kena mai tengok !!! Apa dah jadi.......



 
Load Counter