KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Sekitar gambar Ceramah Perdana Dato' Seri Nizar Di Markas PAS Kampung Bandariang Gerik

Lebih 500 orang telah hadir beramai-ramai bagi mendengar Ceramah Perdana anjuran PAS Cawangan Felda Bersia yang disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Perak dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato’ Seri Ir.Nizar Jamaluddin di Markas PAS, Kg.bandariang Gerik dekat sini malam tadi.

Suasana program Ceramah Perdana malam tadi sungguh meriah walaupun pada asalnya ceramah yang sepatutnya di adakan di dewan felda bersia telah dibatalkan dan dialihkan lokasi baru namun rakyat tetap datang beramai ramai memberi sokongan kepada dato seri nizar dan mendengar penerangan tentang isu isu semasa daripada beliau.

Turut berceramah malam tadi ialah Ustaz Khalid Bin Nordin, Haji Supian serta saudara Amran Harun. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh saudara Umair Zakuwan Khalit Ketua Penerangan DPPK

Dato’ Seri Ir.Nizar memulakan ceramahnya sekitar jam 11.0 malam dan ceramah berakhir sekitar jam 12.00 malam



















 
Load Counter