KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Depa dah kelam kabut risalah sudah ditabur !!!! Memburukkan pakatan rakyat perak

Risalah-risalah ini yang memburukkan pakatan rakyat perak mungkin telah ditabur sekitar malam semalam. Sebanyak 30 keping risalah telah ditabur di tepi tepi jalan kampung bongor gerik. Laporan polis akan dibuat jam 4 petang ini.






Kes Balak : Risalah sampah mula beredar di Gerik

GERIK : Risalah sampah berunsur fitnah dan provokasi dikatakan sedang beredar di Gerik sejak malam tadi dan kelihatan bertaburan dibeberapa tempat. Demikian seperti dilaporkan oleh seorang anggota Unit Amal Gerik, Sdr. Jefri.

Penyebaran risalah itu nampaknya ada kaitan dengan pendedahan saya kelmarin sekaligus dengan laporan yang telah saya laporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kandungan risalah itu dikatakan berupa serangan kepada MB Pakatan Rakyat dan Exco Kerajaan negeri PR dengan dikaitkan dengan penyelewangan pemberian konsesi balak kepada pihak tertentu.

Nampaknya ada pihak yang mula jadi macam cacing yang kepanasan dan mula gelisah dengan kerja jahat mereka sejak ampasan kuasa yang berlaku di Perak pada 6 Feb 2009

Malah banyak yang saya temui mengesahkan sejak dari tarikh itu jelas kelihatan pertambahan kenderaan mengangkut balak dijalan raya sekitar gerik.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

 
Load Counter