KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Majlis Kacau Bubur Asyura Pakatan Rakyat Gerik

Bulan Muharam belum berakhir, namun semangat dan kesungguhan Pakatan Rakyat Gerik untuk menjayakan program Mengacau Bubur Asyura terlaksana.

Cuti hujung minggu digunakan melalui program ini diharapkan dapat mengembeling semangat kerjasama dan memupuk amalan bersedekah.

Berbekal 3 kawah bubur Asyura ia akan diagih-agihkan di kawasan berhampiran. Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik Saudara Mohammad Nor Abdul Rahman sebagai jurumudi program mengacau bubur Asyura ini.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua PKR Gerik Haji Sopian Pengerusi Dap Gerik Encik Shum serta ahli-ahli daripada pakatan rakyat gerik.


Ketua PKR Gerik Haji Supian turut hadir mengacau bubur asyura bersama para petugas yang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan dalam program kemasyarakatan ini.





Pengerusi DAP Gerik Encik Shum







Muslimat sedang bergotong royong menyediakan bahan-bahan masakan untuk masakan bubur asyura



Gandingan tenaga kerja dari golongan tua dan muda serta muslimat berjaya menyediakan sebanyak 3 kawah bubur asyura yang kemudiannya diagihkan kepada para penduduk setempat.
Pengerusi DAP Gerik Encik Shum sedang mengacau bubur asyura...



Mohammad Nor sedang menerangkan sesuatu kepada pengerusi DAP Gerik tentang sejarah bubur asyura di zaman nabi
Ahli DAP Gerik sedang mencuba mengacau bubur asyura




Abang nii...dari tadi tak berhenti mengacau....memang hebat


Kacau jangan tak kacau...!!!!
Baru pertama kali dalam hidup gua kacau bubur asyura....teruk ler juga


Adooiyaii...bila mau masak nii...


Muslimat sedang berehat sementara menunggu bubur asyura masak untuk diagih-agihkan kepada penduduk
Teman pun nak kacau juga ?? Mike rehat ler dulu....



Inilah kawan baik teman semasa di sekolah ....huyoooo komer tengok badannya...niii boleh jadi bodyguard MB Nizar nii....hihihihi...HIDUP PAKATAN RAKYAT !!!!!!!


 
Load Counter