KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Bandar Gerik Sesak Di Malam Terakhir Ramadan

Oleh: Sham

Suasana malam terakhir di Bandar Gerik cukup sesak dengan kenderaan di jalan raya yang bertali arus. Pihak polis trafik kelihatan sibuk menjalankan tugas bagi mengawal kesesakan yang berlaku sekitar Bandar Gerik pada jam 9.00 malam tadi.

Ramadan sudah melabuhkan tirai dan 1 Syawal pula mengambil tempat. Yang pasti di mana-mana pusat membeli belah malam ini penuh sesak dengan orang ramai yang baru hendak mencari barang-barang keperluan Hari Raya esok.

Bagi warga Gerik, beberapa kawasan menjadi tumpuan, yang mana suasananya umpama pesta membeli-belah.

Keadaan sesak tidak menjadi halangan bagi mereka demi mendapatkan barang yang dikehendaki dengan harapan dapat menyerikan sambutan hari lebaran yang bakal dirai esok.

Bagi yang sejak awal-awal lagi sudah membuat persiapan, tentunya menarik nafas lega kerana tidak perlu terperangkap dalam situasi yang merimaskan ini.

Kebanyakan mereka, terutama yang mempunyai keluarga besar persediaan awal sebelum tibanya hari kemenangan seluruh umat Islam itu amat diperlukan bagi mengelak kesulitan.

Melihat keghairahan orang ramai berbelanja menjelang Hari Raya Aidilfitri kadang kala memang boleh mencetuskan ‘kegerunan’, bagaikan rezeki setahun yang dicari mahu dihabiskan dalam masa sehari.

Segala-galanya mahu ditukar baru, daripada cat rumah, perabot, langsir hinggalah membawa kepada pinggan mangkuk dan alas meja. Bahkan lebih hebat, kereta pun mahu ditukar baru.

Para penjual apa lagi, mula mengambil kesempatan dengan mengumpan tawaran istimewa itu dan ini sehingga membuatkan pengguna kelabu mata dan berbelanja semahunya.

Suasana membeli-belah bertambah hangat apabila ramai yang memilih untuk melakukannya di saat-saat akhir atas alasan kesuntukan waktu atau menunggu tawaran-tawaran harga yang lebih menarik.

Hakikatnya, membeli-belah saat akhir bukanlah satu langkah yang bijak malah lebih cenderung kepada perbelanjaan yang berlebihan dan tidak berhemah.



Kesesakan berlaku di persimpangan lampu isyarat dimana kenderaan bersesak-sesak memasuki Bandar Gerik






Anggota Polis Trafik sedang sibuk menjalankan tugas mengawal kesesakan yang berlaku di Bandar Gerik pada jam 9.00 malam tadi.


Anak-anak muda ini sibuk mencari pakaian dimalam-malam terkahir



Orang ramai berpusu-pusu mencari barang keperluan dimalam terkhir di Bandar Gerik


Orang ramai sedang sibuk mencari kuih muih untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan berkunjung kerumah esok



Kesibukan juga berlaku di depan Maybank Gerik dimana orang ramai sedang mengeluarkan wang...nak bagi duit raya lah yeop!!!

 
Load Counter