KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SEMUA ARTIKEL

Syarahan Perdana Anwar Ibrahim

Baca Seterusnya...

Mesyuarat khas PKR cabang gerik










Baca Seterusnya...

Dato' Mahfuz Omar bersemangat menyampaikan ceramah di Batu Gajah



Batu Gajah : Malam tadi berlangsung satu Ceramah Khas penerangan isu-isu semasa oleh beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Juta Ria,Batu Gajah.Antaranya yang hadir ialah Yb Sivakumar,Yb Chan Ming Khai,Yb Khalil Idham Lim dan juga penceramah jemputan iaitu Dato Hj Mahfuz Omar.Turut sama hadir ialah Ust Radzi yang merupakan antara Pimpinan kawasan.Kami difahamkan bahawa permit bagi ceramah ini hanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekitar jam 10 pagi.
Ceramah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Radzi yang mana Beliau mengupas mengenai isu pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Kg Pisang Hilir yang akan diberikan sedangkan penduduk kawasan Kg Pisang Sungai masih tidak memperolehi hak mereka.Ia dikhabarkan juga telah diwar-warkan untuk diberikan akan tetapi sehigga saat ini ia masih tinggal janji.Beliau juga turut mengupas mengenai beberapa lagi isu setempat yang masih menjadi tidak dikotakan oleh Kerajaan UBN.
Selepas itu ia diteruskan dengan penceramah kedua yang mewakili PKR iaitu Yb Chan Ming Khai ( Adun Simpang Pulai )yang mana dalam ucapanya,Beliau menggariskan penjelasan mengenai Mengapa PR meneruskan proses bagi membubarkan Dun negeri Perak yang sepertimana dinyatakan oleh Beliau yang ia dilakukan bukan kerana menunjukkan bahawa Kerajaan PR `Gila Kuasa’,namun ia adalah sebagai salah satu cara bagi Menegakkan Keadilan dan mencari kebenaran dalam suasana Politik di Negeri ini sekarang.Beliau menambah selagi mana Hak Rakyat tidak dikembalikan selagi itulah proses ataupun tuntutan ini akan dibuat dan diteruskan.


Yb SivaKumar meneruskan sesi ceramah malam ini dengan menceritakan kepada Rakyat tentang apa yang berlaku pada sidang dun yang lalu dan apakah yang dilakukan oleh UBN kepada Adun-Adun PR yang tidak diceritakan dan dilaporkan oleh Media kongkongan UBN.Beliau dalam kenyataannya juga ada menyebut bahawa tindakan Pihak berkuasa Polis yang menghalang dan cuba mencampuri Hak Adun-Adun untuk memasuki adalah melampaui batas sama sekali.

Beliau juga menyifatkan tindakan Polis yang melarang mereka membawa masuk alat-alat perakam dan juga Telefon Bimbit ke dalam Dewan adalah sebagai buki bahawa Kerajaan UBN takut akan kebenaran yang akan diberikan kepada Rakyat hasil dari rakaman-rakaman yang diambil.

Yb Khalil Idham Lim yang mana turut hadir juga turut berkongsi cerita mengenai isu dan keadan Politik semasa.Beliau juga turut menyatakan bahawa selepas sahaja Zambry membentangkan Budjet Negeri Perak,Beliau telah diundang oleh Astro Awani untuk berdebat dengan Zambry dalam isu Budjet Negeri Perak.Namun Beliau yang menyifatkan ia sebagai perangkap kepada PR yang mana sekiranya Beliau menerima pelawaan tersebut ia membuktikan bahawa Budjet Coca-Cola Zambry telahpun diterima oleh Adun-Adun PR yang lain dan ia sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh pihak UBN bagi mengaburi mata Rakyat.

Menyentuh isu Budjet ini juga Beliau menyatakan sekiranya Zambry merasakan bahawa Kerajaan yang ada hari ini SAH,maka mengapa mereka takut untuk membahaskannya.

Ini sekaligus menyatakan bahawa mereka sendiri dengan jelas tidak mempunyai keyakinan terhadap Kerajaan yang mereka ada sekarang.

Penutup kepada ceramah malam ini ialah Dato Hj Mahfuz Omar yang merupakan penceramah jemputan yang turut mengupas dan berkongsi pemikiran Beliau mengenai isu politik semasa.

Berbicara soal budjet Negeri Perak,Beliau menyatakan bahawa Kerajaan Zambry merupakan Penyamun yang mana ia sama sepertimana ketika mereka mahu merampas Negeri Perak dahulu.`Jika UBN mampu meluluskan Budjet dalam masa 20 minit,maka mereka juga mampu untuk menghabiskannya dalam masa 20 saat’.UBN turut disifatkan sebagai parti Politik yang tidak bertamadun apabila corak pentadbiran mereka itu seolah-olah membawa dan menjadikan Rakyat yang ada semakin mundur dan kurang cerdik.Mereka juga menonjolkan satu pemikiran yang KUNO dengan menyatakan bahawa Kekuatan Fizikal itu adalah yang sewajarnya sedangkan pada zaman yang semakin maju ini kretiviti dan pemikiran secara inovasi itu sepatutnya yang diberikan kepada Rakyat dalam menjadikan mereka golongan yang mampu berfikir dalam soal pentadbiran Negara.

Beliau juga menyatakan bahawa UBN sebenarnya berpolitik adalah berasaskan kepada kepentingan diri dan imej mereka semata tanpa memikirkan nasib dan masa depan Rakyat di Negara ini.

*lagi sambungan kepada ucapan para penceramah boleh didengar di dalam PerakExtv.



Sumber gambar: sya@perakexpress.com

Blog: http://syaomel85.blogspot.com/

Sumber artikel: http://demokrasi93.blogspot.com/

Baca Seterusnya...

MB: Insentif RM500 Buat Penjawat Awam Negeri

Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan berita baik apabila bersetuju untuk memberi bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri ini.

Berita gembira ini melibatkan penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan.

“Selaras dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan anggota penjawat awam sebagai satu kumpulan bersama dengan anggota kepimpinan negeri, maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bayaran khas kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya, serta pesara wajib Kerajaan”, katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap semasa membentangkan Belajawan 2010 Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun katanya, imbuhan tersebut bakal dibayar kepada penjawat awam negeri pada Disember bulan hadapan.

Beliau berharap dengan insentif ini dapat meringankan beban kewangan kakitangan awam yang bertungkus-lumus berkhidmat untuk rakyat Selangor.

“Sebelum ini ganjaran sama telah pun diberi kepada penjawat awam di bawah kumpulan sokongan. Adalah diharapkan dengan pemberian yang akan dibayar pada bulan Disember nanti dapat mengurangkan beban

Sumber: http://www.tvselangor.com/ Baca Seterusnya...

"Bajet Penyamun..." YB Mahfuz Omar

Naib Presiden Pas,YB Mahfuz omar menganggap bajet 2010 Kerajaan haram Perak yang tanpa bahas dan selesai hanya dalam masa 20 minit membabitkan peruntukan sejumlah RM 700 juta adalah diumpamakan seperti “Bajet Penyamun”semasa menyampaikan ceramah di Taman Jutaria,Batu Gajah malam semalam.

Mengapa beliau mengatakan “Bajet Penyamun”?ini adalah disebabkan mereka,iaitu Adun BN tergesa-gesa membentang lantas menutupnya tanpa ada pebahasa, apabila Speaker Perak dan Adun pakatan Rakyat bergerak masuk ke dalam dewan,ini mungkin kerana takut.

Ini samalah seperti Penyamun yang sedang berbincang untuk mengagih-agihkan wang yang mereka curi kepada penyamun-penyamun yang lain..Tiba-tiba,pasukan polis datang..apalagi,merekapun segera menghentikan perbincangan dan lari bersama wang yang mereka agihkan tadi.

Sedangkan setiap bajet yang dibentangkan di setiap negeri di Negara ini,sekurang-kurangnya mengambil masa selama 4 hari untuk dibahas dan diterima bajet tersebut.Tetapi di Perak dengan Kerajaan Haram BN,bajet hanya dibentang selama 20 minit tanpa bahas yang melibatkan RM 700 juta peruntukan.Ini satu rekod “Dunia” yang boleh di masukkan ke dalam

buku “Guinnees Stout Book”hebat..hebat..hebat..!!

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/ Baca Seterusnya...

Gambar : Konvensyen KeAdilan Pulau Pinang...

Disini DSAI telah memberikan kata dua kepada Ahli-Ahli dan juga pemimpin-pemimpin PKR.. JIKA TIDAK BOLEH MENURUT DARAS PARTI.. SILA KELUAR DARI PKR DAN SERTAI UMNO!!
Konvensyen tertutup dan telah dihadiri oleh 1200 AJK dari seluruh Cabang di Pulau Pinang.


Konvensyen KeAdilan Negeri Pulau Pinang
Bertempat di Dewan Tunku
KOMTAR
08 November 2009




"Menggilap harapan rakyat" tema kali ini.


YB Yusmadi sebagai MC


DSAI dan Dr. Mansor TKM1 Pulau Pinang


Ketika lagu negaraku berkumandang


Hadirin


DSAI


Antara AJK Cabang yang hadir


YB-YB yang turut hadir


YB dan VIP yang hadir



YB Makhtar membacakan doa selamat


Dato Johari Abdul




Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Baca Seterusnya...

PKR namakan JK Kerja MPN baru

Oleh Sam Ahmad

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Kenyataan tersebut antara lain menyenaraikan nama-nama ahli JK Kerja Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru dilantik.

Menurut kenyataan tersebut, “sebanyak 3 siri mesyuarat khas telah di adakan dengan semua ketua cabang KEADILAN Negeri Perak.”

PKR juga telah membuat satu perbincangan khas bersama ketua-ketua cabang dalam membentuk JK Kerja MPN meneliti aspek-aspek gabungan muka baru dan lama, perimbangan kaum, berusaha ke arah 30% wanita, potfolio berdasarkan potfolio kerajaan negeri Perak dan beberapa pertimbangan lain.

Nama-namaJK Kerja MPN yang baru dilantik;

PPN : Mustaffa Kamil Ayub

TPPN: Dr. Lee Boon Chye

NPPN: Madzi Hasan

NPPN: Chang Lih Kang

NPPN: Kesavan Subramaniam

Ketua AMK: Abd Yunus Jamahri

Ketua Wanita: Fathmawati Salim

SU : Anuar Zakaria

TSU : Zainal Abidin Alias

Bendahari: Tai Sing Ng

T Bendahari : Dato’ Dr. Yap Yit Thong

Ketua Penerangan: Zulkifly Ibrahim

T Ketua Penerangan: Hazha Hawalid

Ketua Whip DUN Perak : Chan Ming Kai

T Ketua Whip DUN Perak: Kesavan Subramaniam

T Ketua AMK: Chan Ming Kai

T Ketua Wanita: Noriah Nordin

Ahli MPN :

Haji Mhd Supian B Nordin

Haji Hamzah Bin Mohd Zain

Hj Mohamad Aun Bin Yob Abas

Alias Zenon

Leong Tuck Kuan

Fauzi Muda

Chun Weng Sum

Haji Ahmad Shaarani Bin Abdul Khalid

Ridzuan Bani

Haji Yahya Bin Othman

Mohamad Azman Marjohan

Robert Ngo Chin Peng

Hj Usaili Alias

Abdul Rahman Bin Uda Mat Isa

Ketua Biro Politik : Mustaffa Kamil Ayub

Ketua Biro Pilihan Raya : Ismail Yusop

Ketua Biro Latihan : Abd Rahim Sabli

Ketua Biro Strategi: Mohd Nasib Rahin

Ketua Biro Keusahawanan : Mohsin Fadzli Haji Samsuri

Ketua Biro Ekonomi: Dato’ Dr. Yap Yip Thong

Ketua Biro Pembangunan Industri: Tai Sing Ng

Ketua Biro Integrasi : Thina Garan

Ketua Biro Keahlian : Chang Lih Kang

Ketua Biro Orang Asli: Arsian

Ketua Biro Guaman dan Undang2: Baldip Singh

Ketua Biro Pertanian & Perladangan : Dato’ Dr. Shanmugan

Ketua Biro Kesihatan: Dr. Subramaniam.

Ketua Biro Pengurusan dan Komunikasi: Anuar Zakaria

Ketua Biro Agama dan Pendidikan : Hj.Suwardi Hj.Sapuan

Ketua Biro Pembangunan Perdesaan : Haji Abdul Hamid Ali

Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna : Madzi Hasan

Ketua Biro Kebajikan: Mashirah Md Yusof

Ketua Biro Kebudayaan & Sukan: Muzaffar Shah Khairuddin

Ketua Biro Kerajaan Tempatan: Liow Yong Lih

Ketua Biro Antarabangsa : Wendy

Ketua Biro Pembangunan & Perlancongan : Suzana Manja

Ketua Biro NGO: Ng Mun Yin

Sementara itu Mustaffa Kamil Ayub, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Mohamad Nur Manuty, dan Sdr Nordin Mahmud dilantik. Penyelaras Panel Perunding bagi Sains & Teknologi, Tanah, Pengangkutan Awam dan Isu-Isu Utama.

Sumber: http://perakexpress.com/www/ Baca Seterusnya...

 
Load Counter